Jun 7, 2012

ERTI CINTA INI



Assalamualaikum…dah bersawang hebat gamaknya blog ni  kalau dpt dilihat..lama sgt x menulis dan berkongsi.
Alhamdulillah sudah 3 tahun di bumi urdun ni..pelbagai kenangan  dan pengalaman yg Allah anugerahkan..terasa begitu pantas masa berlalu..terasa baru semalam berpisah ngn mak abah..masih segar dalam ingatan saat mak usap tapak tangan beberapa hari sebelum ke sini..rindu nak cium mak abah,rindu nak peluk mak abah..3 tahun disini tanpa pulang benar2 mengajar aku erti cinta ini.


satu,kasih nan abadi  tiada tandingi
Dia yg satu…
dua,kasih berpanjangan membawa ke syurga
kasihnya ibu..
tiga, lapar dan dahaga rela berpayahan
setianya ayah..

 Semua orang cintakan ibubapa masing2..pelbagai tafsiran utk 'rasa cinta' ini..pelbagai cara utk membuktikannya..teringat kami adik-beradik nasyid lagu ibu semasa befday mak..masa tu kami kecil lagi,aku masih sekolah rendah,kak yong sbg  conducter  bersemangat menyusun  kedudukan kami..hehe..aku jadi rindu nak menyanyikan mak sebuah lagu.

Sempena befday mak 9 jun ni..xsabar rasa nk skype,nk nyanyikan sebuah lagu utk mak..sibuk mengeledah youtube mencari hadiah ahmad bukhatir buat semua ibu seluruh dunia..alhamdulillah akhirnya jumpa jugak..jenuh jugak  la mencari malay translation ^^,

Aku Akan Kembali ...Ibu


Aku pasti akan kembali padamu Ibu لسوف أعود يا أمي
Akan kukecup dahimu yang suci أقبّل رأسك الزاكي
Akan kutumpahkan semua rinduku padamu أبتّك كل أشواقي
Dan kuhirup harum tangan (kanan)mu وأرشف عطر يمناك
Kubasahi (pipiku) dengan sejuk embun telapak kakimu أمرغ في ثرى قدميك
Pipiku ketika aku bertemu denganmu خدي حين ألقاك
Akan kubasahi debu dengan air mataku أروي الترب من دمعي
(sebagai ungkapan rasa) gembira karena engkau masih hidup سرورا في محياك


(Sudah tak terhitung) berapa malam yang kau lewati tanpa tidur فكم أسهرت من ليل
(Demi aku) agar aku bisa tidur lelap لأرقد ملأ أجفاني
(Tak terhitung pula) berapa kali kau menahan haus وكم أظمأت من جوف
(Demi) mengobati rasa hausku dengan kasih sayangmu لترويني بتحناني
Di waktu aku sakit, aku tidak lupa ويوم مرضت لا أنسى
Air matamu mengalir deras bagai hujan دموعا منك كالمطر
Dan kedua matamu yang terus-menerus terjaga وعينا منك ساهرة
Karena engkau begitu menghawatirkan keadaanku تخاف علي من خطر
Dan pada hari kita berpisah, kala fajar menyingsing ويوم وداعنا فجرا
Oh..sungguh betapa kerasnya fajar kala itu وما أقساه من فجر
(Waktu itu) Kata-kata pun tak mampu mengungkapkan يحار القول في وصف الذي
(Sakitnya) perasaanmu ketika aku tinggalkan لاقيت من هجري
Dan kau mengucapkan perkataan وقلت مقولة لا زلــت
Yang selalu akan kuingan sepanjang hidupku مدّكرا بها دهري
"Kau tidak akan pernah menemukan hati محال أن ترى صدرا
Yang lebih menyayangimu dari hatiku" أحن عليك من صدري
"Kau tidak akan pernah menemukan hati محال أن ترى صدرا
Yang lebih menyayangimu dari hatiku" أحن عليك من صدري

CHORUS

Berbakti kepadamu…adalah cita-cita hidupku ببرك يا منى عمري
Tuhan Pencipta semesta memerintahkan aku (agar berbuat demikian) إله الكون أوصاني
Kerelaanmu adalah kunci keberhasilanku رضاؤك سر توفيقي
Dan cintamu adalah rahasia imanku وحبك ومض إيماني
Keikhlasan doamu untukku.. وصدق دعائك انفرجت
Menghapus semua kesusahan dan kesedihanku به كربي وأحزاني
Cintamu .. ودادك لا يشاطرني
Tidak ada seorangpun yang dapat menyamainya به أحد من البشر
Engkaulah detak jantungku فأنت النبض في قلبي
Engkaulah cahaya di mataku وأنت النور في بصري
Dan engkaulah nada di bibirku وأنت اللحن في شفتي
Kesusahanku sirna ketika aku memandang wajahmu بوجهك ينجلي كدري
Kepadamu wahai ibu …aku akan kembali إليك أعود يا أمي
Esok aku akan beristirahat dari perjalananku غدا أرتاح من سفري
Hidupku yang ke dua akan bermula ويبدأ عهدي الثاني
Dan ranting-rantingpun akan menampakkan bunganyaويزهو الغصن بالزهر



Mendengar  lagu ni nyah membayangkan saat kita bertemu di airport nnt..4 tahun hanya bertemu di skype takkan sama bertemu betul2..tak sabar nak balik nak cium mak,nyah rindu sangat nak cium mak,nak peluk mak...terasa rindu teramat sangat..rasa nk terus skype ngn mak sekarang..tapiiiiiiiiiiiiiiiii,nak suprisekan mak..9 jun jugak kita skype..bertahan!!

Mak ketahuilah,rindu ini bukan rindu biasa2..tapi rindu ini rindu sebenar-benar rindu..rindu krnNya ^^,..teringat termimpi makan asam pedas keladi setalam dengan mak..rindu setiap inci masakan mak..rindu segenap jiwa kenangan kita,baca yaasin sama mak,solat terawih sebelah mak,berniaga ngn mak..semuanya nyah rindu..mak anugerah terhebat yang pernah hadir dalam hidup nyah..terima kasih mak kerana lahir ke dunia ni..terima kasih sangat2.

Bila teringat zaman dulu2,saat getir mak abah membesarkan kami,mudah air mata ini mengalir..terlalu banyak pengorbanan dan kepayahan yang mak abah lalui..mak sabar melayani kerenah kami yang pelbagai ni..bila terkenang zaman persekolahan dulu,6 tahun mak setia menghantar ke sekolah rendah..walaupon nyah dah besar dan reti lintas jalan sendiri tapi mak x pernah henti teman nyah tunggu bas..bila  mak kata mak nak nyah masuk taayah,nyah cuba sebaik mungkin dalam upsr tapi takdir nyah di SARJANA..jelas wajah kecewa mak,nyah terus telefon muallimah tanya ttg sekolah..rupanya sama je SARJANA dengan taayah..bezanya cuma baru dan lama ^^,

Sepanjang 6 tahun di sarjana ..setiap kali nak balik sarjana,nyah selalu risau..kalau boleh sehabis daya nyah x nak susahkan mak abah..teringat first time naik bas ke sekolah dari taiping ke kampung gajah..mak teman naik bas sekali ke taiping..masa tu nyah sedih dan terharu mak sanggup bersusah payah patah balik dengan bawa adik yang masih kecik semata2 nak pastikan nyah selamat naik bas ke sekolah..nyah tak nak orang lain susah kerana nyah tapi nyah dah banyak susahkan orang sebenarnya..banyak orang bekorban kerana nyah..nyah  tak pernah rasa betapa penatnya memandu..nyah tak pernah tahu betapa letihnya abah..pagi tolong mak masak utk berniaga,tengahari hantar nyah ke sekolah,petang  dan malam nak berniaga pasar malam pulak..sepatutnya hari ahad abah berehat,ni sepanjang minggu abah bekerja..nyah menambahkan lagi penat abah T_T

Mak..nyah kagum dengan mak,dulu bila nyah tengok mak buat sesuatu nyah selalu cakap dalam hati beruntung abah dapat mak..mak pandai memasak ,menjahit ,mengubah ,berkebun ,bertukang dan sebagainya..abah tak perlu upah orang jahit baju raya dan baju sekolah utk kami,abah tak payah beli kuih raya sbb mak pandai buat semua kuih..kenduri sedara mara mak pandai masak hidang pengantin dan buat hantaran..abah tak perlu beli bunga utk hiasan rumah kita sbb mak kreatif hias rumah..gubah bunga telur jadi bunga hiasan sudut rumah ^^,..tanpa abah di sisi,mak bijak mainkan peranan.. sebagai ibu dan kawan buat kami..tak semua orang mampu berjauhan dengan suami  ketika mebesarkan anak2 tapi mak boleh,mak memang hebat di mata nyah..insyaAllah juga hebat di pandangan Allah =)




Mak rasekan dihatimu secebis kasihku yg kian merinduimu biar kau tiada dimataku asal kau bersama penciptamu juga penciptaku yg menjanjikan pertemuanku dgnmu di syurga milik yg satu.